Video in Education

PERKEMBANGAN teknologi yang canggih mampu memberi kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat sama ada berbentuk teks, grafik, audio atau video. Video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak.

Perananan video dalam pendidikan

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya.Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka beradaatau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Leave a comment